Ada 3 polisi tapi tak boleh claim?

Cerita details dia kat sini


Kalau dilihat dari satu sudut, ada yang anggap insurance menipu. Tapi, anda perlu baca sampai habis cerita Ms Tan ni, baru anda akan faham.
Walau pun ada sesetengah pihak yang anggap benda nie negatif, dan ada jugak yang suka (saya dapat feedback kat forum...daripada pesaing2 Prudential, sebab case nie focus kepada policy Prudential)....tapi, saya ada pengalaman sendiri mengenai artikel nie.


Setelah saya lalui apa yang saya alami baru-baru nie, disebabkan oleh berita ni, pada saya, benda nie bagus untuk insurance umumnya dan untuk Prudential khususnya....tapi disebabkan cerita nie sahaja, ramai yang tanya saya, macam mana dia ni tak boleh claim?...Then, bila kita explained...akhirnya bukan setakat takafulink boleh dijual (plan komprehensive semua dalam 1 akaun termasuk perlindangan kematian, sakit kritikal, kemalangan, medical card dan pelaburan)...malah dengan pakej takaful puteri/prulady sekali masuk..baik2 cuma nak masuk RM 150..jadi RM 250....So, terpulang kepada pemikiran masing2....kalau dia nampak benda nie negative, memang negative la jawapnya, kalau positive, ada cara utk positivekan dan dapat hasil yang positive...


Sebenarnya, bila ada orang complaint macam nie, baru le ramai yang bukak mata. Kat facebook pun berduyun2 msg masuk tanya kes nie...jadi, ia akan buat orang ramai sedar kenapa perlunya penerangan yang details dari agent, bukan main request quotation lepas tu nak study sendiri.......lepas tu sign up tak tau apa2...sekali tak boleh nak claim, kata agent tak terangkan...masa nak terangkan.."takpe, saya study sendiri..."...cheee wahhh, emmm, study le cik kak oiii....
Then, ramai jugak disebabkan case nie, yang bukak policy masing2 untuk direview...then baru diorang realized bukan Pru sahaja yang tak bayar pampasan sakit kritikal disebabkan case "carcinoma in situ"....semua policy critical illness stated macam tu...
Cuba baca petikan dari artikel asal nie..
"....Did she think she should have read the fine print in her policy documents?She said: "Even if I had read the fine print, I don't think I would have understood what DCIS meant as a layman. Ms Tan, who set up a blog - A Clean Breast of It - about her battle with breast cancer, said she later found out that most insurers do not pay out for non-invasive, early stage cancers. Critical illness coverage typically covers the loss of income that comes from up to 30 critical diseases. These include major cancers, heart attack, coronary artery bypass, stroke and kidney failure...."


Then, bila check balik, rupanya mereka ada benefit sakit kritikal, tak de medical card,....then check balik rupanya kalau case macam nie Prudential bayar kos rawatan (nak remove "carcinoma in situ" tersebut)...then timbul pulak keperluan medical card..akhirnya orang tu pun sign satu plan takafulink complete dengan medical card.
Nasihat saya, dapatkan khidmat nasihat agent sebelum anda membeli mana-mana plan insurance atau takaful. Kemudian, semak sekali lagi dengan agent tersebut mengenai terma dan syarat yang tertulis dalam policy dan mesti selari dengan apa yang diterangkan sebelum anda sign up borang cadangan (proposal form)....kalau ada sebarang kemusykilan, jangan segan2 nak tanya...tanya sampai kita puas hati berserta bukti dan kalau boleh tunjukkan case study dan contoh claim....
Jangan ambil mudah perkara ini. Kelak menyesal kemudian hari, tiada gunanya lagi...
Sekian.

Testimonial - Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Ternadah

Saturday, December 4, 2010

Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Ternadah

Jom kita imbas kembali kenangan aku sakit dahulu, =)
Ko ingat time sihat je ke kita kena imbas, time sakit2 pun kena imbas jugak hape...
Supaya ada kesedaran diri di masa akan datang. Kalau tak lupa diri!!

Kalau tengok balik gambar2 masa aku kat hospital dulu, uish.. seriau jadiknye. Yela, tak di sangka2... Tapi sakit ni memang tak disangka2 pun, mana ada sakit yang disangka2. Memang akan datang secara tiba2 tanpa di undang.

Macam aku dulu...
Mula2 sakit perut je. Sakit perut ala2 orang period.
7 - 8 jam lepas tu, terasa sakit macam kena appendix.
15 - 18 jam, terus.. sakit tak tertahan2... Laju2 pergi hospital, dan laju2 dorang tahan check aku punye perut segala. =(

Lagi sadis masa nie aku sedang mengandung, =(
Dengan risau diri sendiri, dengan risau anak dalam kandungan, hurm...

Cuma yang tak risaunya adalah bil hospital.
Kenapa saya tak risau, sebab saya ada insurans. Bila kita ada insurans, bab2 sakit nie automatic macam oooo takpe, aku ada insurans. Doctor nak tahan berapa lama pun takde hal. Doc nak kasik ubat paling hebat termahal pun takpe.

Sakit2 tak boleh stress uols. Bila stress lagi boleh membuatkan kita bertambah sakit.
Yela, tengah sedap2 berbaring di atas katil tetiba doc datang cakap...

Puan, penyakit puan nie kita kena guna ubat class A++, harga dia sekian2...

Reaksi mereka yang ada insurans:
Ok, ikut la mana2 yang ok doc, yang penting saya cepat sembuh.

Reaksi mereka yang tidak ada insurans:
Haaaaaaaaaa??? sakit dada, tahan napas, lalu pengsan.
Hahahaha...

Ok tak baik gelakkan orang.

So korang kategori mana?
Ke korang orang kaya???
Haaaaaaa orang kaya takde insurans? lagi sedih kot aku rasa...

Kenapa ye saya amik insurans. Dulu aku pernah bagitau kot. Tapi takpe, aku up sekali lagik cerita itu.

Dulu masa kat opis lama, memang ramai gile orang datang opis ketuk2 pintu nak jual insurans. Aku rasa aku dapat tepis dalam 5-7 orang. Sumpah ramai.

Tetiba dalam satu hari, ada sorang akak datang opis, tak tahu kenapa. Muka dia tu macam ada cahaya2, yang menyebabkan weols tersangkut nak amik insurans.
Serius wey, cara dia bercakap pun buatkan kita tiba2 suka kat dia. Rasa percaya tu datang secara perlahan2...

So, Alhamdulillah... aku sudah ada insurans dari tahun 2007 sampai la sekarang, tak pernah miss bayar wpon tak keja, =P

Lepas ada insurans terus rasa diri disayangai.
Terus rasa diri dilindungi, ewahhhhhhhhh...

Itu sebab aku. Sebab ciput plak.
Dulu ciput selalu travel kuantan - kl, 2 tahun dia keja kuantan. Setiap minggu and 2 minggu mesti akan balik kl. Kalau tak naik bus dia akan drive sendiri ke kl.

So dia terpikir..
Kalau something happened masa tengah travel macam mana la ye. Dah la tak sempat nak berbakti kepada mak bapak, kalau eksiden mati kejung rugi la. Kalau patah sana sini, dah satu hal menyusahkan mak bapak.

Oleh itu, datang kesedaran ciput untuk amik insurans...
Sebab dia rasa, if ada berlaku apa2 masa tengah drive. Ada jugak la pulangan untuk dia beri ke mak bapaknye...

So, Korang pernah pikir macam tu tak?
So sila la pikir2kan ye...

Dan satu lagi sebab bola. Sebab dia boleh agak, satu hari nanti mesti dia akan tersungkur di pandang. And yes memang tepat sangkaan ciput bila tahun 2009 ligament dia putus and dia kena buat operation lutut dan berbelanja kos sebanyak RM24k.

Mujur ada insurans, sebab kalau takde. Mana nak cekau RM24k secara tiba2?

Aku tau ramai yang akan beri alasan macam2 bila kita suruh amik insurans.
Antara sebabnye adalah:
  1. Duit gaji masih tak cukup untuk bayar insurans.
    Kalau gaji ko RM1200, memang aku paham ko tak mampu. Tapi kalau gaji ko udah 2k above tapi still skip benda2 penting macam nie. Yang nie memang aku tak paham sesangat. Oh lupa, sibuk pikir kasut, baju and hbeg bulan2 ye..
  2. Tak terasa akan sakit.
    Yes.. aku pun pernah terpikir macam nie jugak, hehehe. Nak nak plak dalam keturunan aku takde penyakit yang berbahaya. Fuhhh berlagak gile kan pikir macam tu, padahal sekali Allah swt nak kasik, menangis la ko di sana. Kenapa ko menangis disini.
  3. Insurans company i sudah cover i maaaa, wat for insurans lagi.
    hoh!!! seumur hidup kah ko mau kerja disitu? dia cover sakit ko yang kecik2 tu ajer. Sekali ko kena cancer, menangis jugak la ko disana, =P
So alasan ko number berapakah???

Berbalik kepada cerita sakit aku dahulu...

Aku duduk hospital selama 8 hari, nangis...
Padahal demam je kot. Demam yang menggigil2. Tapi masa demam tu jugak aku dah pikir mati. Punye takut.

Hei, wpon demam ko dengar macam kes kecik, tapi demam jugak la boleh meragut nyawa orang sekali zasssssssss ajer. Kalau cancer ada jugak la berbulan2 baru ko nak kiok kan. Demam? seminggu pun boleh hilang nyawa okey..

Tu pasal, masa aku demam hari tu, aku dah pikir yang bukan2. Alhamdulillah, Allah swt panjangkan usia ku...

Tapi tu la, syukur gile ada insurans. Kalau takde insurans tak tahu la aku nak cakap apa.

So, masa aku menetap di hospital pantai selama 8 hari. Bil hospital adalah 8k, terkejut tak? kira 1k perday.

Everymonth aku bayar insurans RM200
Dapat la aku single room masa kat hospital pantai, sangat seronok, sangat privasi.
Depends hospital jugak, macam pantai, single room tak sampai RM200. Kalau hospital lain like kpj, single room RM200++. So kalau ko bayar sebulan RM200, di KPJ mungkin ko dapat bilik dua orang.

Macam tu la citer dia..

Nak tau lebih lanjut pasal insurans..
Dalam tu macam2 info ada, tunggu rajin dengan tak rajin je nak baca.

I kan penyokong kuat prudential. Harus promote prudential saja, =P

Ni bukan muka sedih sebab pikir pasal bil. Tapi muka sedih sebab sakit, hehehe...

Tapi sakit saya nie memberi keuntungan berganda2, sebab elok je keluar hospital. 2 minggu lepas tu terus dapat cek RM1600, wohOoooooo....

Sakit yang lumayan orang kata...

So dengan ini saya ingin menyeru kepada semua readers CM supaya sediakan payung sebelum hujan. Sebab bila dah lenjun, pakai payung pun tak guna.

“Buy life insurance when you don’t need it, because when you need it, you can’t buy”

Popular Posts